Saturday, June 27, 2009

.:. Pathology ; Padanya Pengajaran .:.

Salam ...

Baru selesai exam praktikal Pathology pagi td, think I did just well. Alhamdulillah overall Allah mudahkan, at least ada keyakinan time jawab tadi. This time bukan nak cite soalan ape yg keluar tp just nak refleksi sket masa tgh ulangkaji atlas Patho especially Histopathology sejak beberapa hari yang lepas.

Bende ni selalu terngiang2 dan terfikir masa tgh ulangkaji. Sebab bila belajar patho ni bila nak diagnose kene tgk specimen either microscopically atau grossly. Bile dah tgk, kene tau mcm mane bentuk normal tissue dan macam mana pulak kalau x normal. So, here comes the interesting part that I really like to share. Betapa Allah jadikan setiap perkara ada hikmah yang perlu difikirkan.

Generally, badan kita bila berlaku sesuatu yang tidak normal (jangkitan, x cukup oksigen, luka2 et al) akan melakukan tindak balas samada nak pulihkan balik kondisi badan ataupun cuba nak cope dengan apa yang dihadapi (demam, radang et al) Maka disinilah kita akan melihat perbezaan antara yang normal dan tidak normal, antara yang sihat dan sakit, antara yang FITRAH dan SONGSANG. Seolah2 ibaratnya badan cuba menghantar signal, amaran, petanda bahawa badan sedang mengalami sesuatu yang di luar kebiasaan. Dan kita secara normalnya akan cuba meredakan sebarang kesakitan yang dialami. Ye la, siapa yang suka sakit2 ni kan ... nak belajar, buat ibadat pun x berapa nak selesa.


Beza sungguh antara normal lung tissue (atas) dengan yang berpenyakit ~ Lobar Pneumonia (bawah)

Begitulah juga kehidupan kita. Raja yang mengawal ruh kita adalah HATI. Hati ni bukan lah 'hati' organ dalam badan kita, bukan juga 'kibdah' Iskandarani yang sedap dimakan tu. Hati @ el-qalb ni pun sebenarnya mempunyai peranan yang besar dalam hidup kita. Bila hidup kita tidak selari dgn fitrah kejadian sebagai seorang hamba (buat maksiat, tinggal solat, x baca qur'an, x jaga mata et al), maka hati ini akan cuba bertindakbalas. Menyatakan bahawa hidup ini sudah tidak syarie lagi, sudah lari dari fitrah seorang muslim, sudah menyimpang dari tujuan asal penciptaan. Ini realiti. Kita sendiri dapat merasainya. Seolah2 hati cuba memberi isyarat dan amaran. Dalam bentuk apa? Cuba kita tgk apa yang Rasulullah pernah sebut ;

Dari Nawwas bin Sam’an radhiallahuanhu, dari Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda : “Kebaikan adalah akhlak yang baik, dan dosa adalah apa yang terasa mengaggu jiwamu dan engkau tidak suka jika diketahui manusia

(Riwayat Muslim)

Dan dari Wabishah bin Ma’bad radhiallahuanhu dia berkata : Saya mendatangi Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam, lalu beliau bersabda : Engkau datang untuk menanyakan kebaikan ?, saya menjwab : Ya. Beliau bersabda : Mintalah pendapat dari hatimu, kebaikan adalah apa yang jiwa dan hati tenang karenanya, dan dosa adalah apa yang terasa mengganggu jiwa dan menimbulkan keragu-raguan dalam dada, meskipun orang-orang memberi fatwa kepadamu dan mereka membenarkannya.

(Hadits hasan kami riwayatkan dari dua musnad Imam Ahmad bin Hanbal dan Ad Darimi dengan sanad yang hasan)

See? ... tinggal kita je nak terima atau tidak isyarat2 ni. Isyarat2 yang berguna supaya kita tidak terus lalai dan leka dengan hidup ni.

Lg satu kalau perhatikan tissue2 yg normal dan tidak normal akan nampak perbezaan yang ketara. Klu yang normal tu cantik molek je, klu abnormal akan nampak la keserabutan di sana sini, x cantik, haru biru. Macam tu la umpamanya hati kita bila bergelumang dengan maksiat. Na'uzubillah ...


kan buruk kalau badan kita berpenyakit (kiri x normal ~ Metastatic Adenocarcinoma of Liver, kanan normal tissue) ... macam tu lah jugak 'hati' kita

Inilah Fitrah yang membezakan.

* * * * *

... Anecdote ...

0806 - Majlis buka puasa di rumah dan celebrate miji's and mine birthday with batchmate ... makan sate bakar atas 'sutuh' (rooftop)

1206 - Reunion Shahputra pre-Medic 2nd batch @ pantai Shatby, Majlis solat Hajat di asMARA

1806 - Solat Hajat di asMARA lagi, tgk Mesir menang 1-0 lwn Italy dgn 'ammu kt tepi jalan ... dpt 7-up free ;)

2006 - Practical Exam Parasitology

2206 -
Practical Exam Histology

2306 -
Practical Exam Biochemistry

2406 -
Practical Exam Anatomy

2506 - Ke Kaherah, majlis akad nikah akhi Zaizul Irsyadi di ARMA

2706 -
Practical Exam Pathology

2806 - Solat Hajat lagi di 'Rumah Kite Semua' bersama batchmate dan makan2

0207 - Exam Written Biochemistry

0507 -
Exam Written Parasitology

0707 -
Exam Written Histology

0907 -
Exam Written Microbiology

1207 -
Exam Written Anatomy

1407 -
Exam Written Pharmacology

1607 -
Exam Written Physiology

1907 -
Exam Written Pathology

2107 -
Exam Written PBL and Ethics

After exam - umrah fi Baitillahil Haram


somewhere around August - home sweet home! ;)

"Allahumma barik lana fi Rajaba wa Sya'ban wa ballighna Ramadhan ... allahumma ameen."

thanx for reading ... do pray for me!

Sunday, May 24, 2009

.:. Practical Exam Microb .:.

Salam ... saje just nak share some Q's from my past microbiology practical exam yesterday. Boleh jd rujukan utk sape2 bile2 mase nnt. Soalannye lebih kurang la, x ingat the exact one. So, here they are ;



1/ identify



2/ a- identify
b- state 2 properties of it to be an ideal medium



3/ a- identify
b- give 2 organisms which have this property



4/ a- identify
b- mention 2 organisms which have this property



5/ a- identify
b- name the type of this medium



6/ interpret



7/ a- identify
b- state 2 diseases caused by this bacteria





8/ a- identify
b- state 2 diseases caused by this organism

Sape nak try boleh cube jawab ... k ;)

Ma'assalamah ...

Monday, May 18, 2009

.:. Humanity ... Anyone? .:.

Semalam ada sesuatu yang berlaku dan saya masih teringat2 peristiwa itu.

Petang tu saya keluar rumah lepas solat Asar. Keluar utk tolong kawan cari rumah sewa baru. Kami cari sekitar kawasan Camp Caesar dan Gama'ah sebelah pantai. Memang payah sebenarnya nak cari rumah waktu2 macam ni. Lebih2 lagi bila nak masuk summer yang officially bermula bulan 6. Harga rumah sewa semua akan naik 2-3 kali ganda. Tapi bukan itu concern saya kali ni.

Masa tgh tunggu simsar ni selesaikan urusannya sebelum kami dpt tgk rumah, kami lepak2 dulu kat 'ahwah (kedai kopi) depan mahattah tram Camp Caesar. Sambil2 tgh tunggu kami nampak sorang laki ni. Nak kata arab Mesir, macam lain sket muka die. Pakai baju I love NY. Ade gaya pelancong. Muka macam dah tua2 sket. Berjalan2 macam tanpa hala tuju. Pandang2 atas bawah kanan kiri depan belakang. Senang cite macam ada masalah la.


Ni la baju yang dia pakai

Dia tegur orang2 kat kedai kopi. Bagi salam. Sah, bukan orang arab Mesir sebab cara dia bagi salam macam typical Mat Salleh cuba2 cakap arab. Tapi lepas tu dia bagitau in english yang dia tak tahu cakap arab. Arab2 lain semua tak berapa nak layan dia sangat. Saya kesian mulanya tengok dia. Tapi bila nak tegur rasa macam malas & buang masa je.

Last2 saya tegur dia jugak. Tanya dia dari mana. Katanya dari Yugoslavia. Bila dia tau ada orang boleh cakap english terus dia bgtau yang dia ada masalah. Dia nak ke Mandarah tapi dompet dan segala dokumen peribadi dia dah hilang. Kene curi kat dalam bas katanya sambil tunjuk kat poket belakang jeansnya yang dh kosong. Atau mungkin hilang atas tram. Saya simpati mulanya. (Bayangkan anda di tempatnya ; keseorangan di negara orang, tanpa duit, passport dan id semua hilang) Kemudian kami sembang2 lagi. Katanya isteri dia orang Malaysia (lepas dia dapat tau yang kami orang Malaysia). Dia bgatu nama dia Huzin. Saya rasa Hussein. Dia muslim. Alhamdulillah katanya. Dia mintak kami LE 20 untuk naik teksi ke Mandarah. Sungguh2 dia mintak.

Saya serba salah sebenarnya. Nak bg ke tak. Saya skeptik sket. Skeptik dengan orang2 yang macam ni. Mungkin sebab takut kene tipu. Mungkin sebab dia mintak byk sgt. Macam2 lagi saya fikir. Kadang2 saya persoalkan jugak sejauhmana 'humanity' saya. Entah la. Akhirnya saya biar je dia. Dan teruskan urusan utk mencari rumah. Dah jalan jauh sket, macam2 perasaan datang. Kecewa, serba salah, kesian, simpati, menyesal dll.

Betul2 buat saya terfikir ... kenapa saya tak tolong je die. Apa la nasib dia skrg? ... Kalau jumpa dia kat mana2 insya Allah saya akan cuba tolong apa yang termampu. Harapnya dia sememangnya jujur. Inilah, bila sifat saling mempercayai sudah semakin hilang, bila nak buat benda baik pun fikir dua tiga kali. Hmm ... jgn jadi macam saya ok!

p/s : Mesir dah mula panas terik, alhamdulillah masjid pun dah start on aircond. So, xde alasan utk bermalas2an ke masjid solat berjema'ah ... Malaysia panas lagi rasanya ... ;p

Wednesday, May 13, 2009

.:. Biar Pening Dunia, Jangan Pening Akhirat .:.

Dulu bila sebut pasal tarbiyyah, ia adalah perkataan yg eksklusif. Tak semua orang boleh sebut, tak semua berani cakap. Nak sembang pasal tarbiyyah? Mungkin ia adalah topik pilihan terakhir yang nak disembang2kan. Tapi itu dulu, sekarang tidak lagi. Tarbiyyah sudah menjadi bualan harian orang. Bukan setakat orang2 atasan malah orang2 biasa pun mampu. 'Layman' orang kata. Ia benda yang hangat. Asal berjumpa akan sebut mengenainya. Bila nampak masalah akan nampak tarbiyyah sebagai penyelesaian. Adakah ini tandanya dakwah sudah memasuki fasa yang baru atau maju selangkah ke hadapan?

Secara peribadi, saya kagum dengan mereka yang sudah mula mengenali tarbiyyah. Mereka sebelum ni kalau kita tengok sekali lalu mungkin tak terbayang dalam fikiran kita akan bersedia untuk mentarbiyyah diri. Tarbiyyah yang mengubah peribadi. Saya suka kerana ia bersifat semulajadi. 'Natural' orang kata. Macam Khalid Al-Walid, macam Umar Al-Khattab, macam Abu Sufyan, macam ramai lagi sahabat yang sebelum ni hidup dalam kegelapan jahiliyyah. Bila hidayah datang menyapa, mereka berubah. Totally different. Hasil tarbiyyah dari murabbi agung Rasulullah s.a.w. Sebagai salah satu manifestasi kemanisan iman yang dirasai bilamana kita benci pada sesuatu keburukan terdahulu umpama benci (takut) jatuh pada api neraka. Sekali lagi saya kagum ...

Tarbiyyah itu sifatnya membina, bercambah, merubah, maju ke hadapan, intaj dan lain2 yang +++. Tarbiyyah itu detail, mendalam, daqiq, menyentuh hati, berkesan dan lain2 yang teliti. Tarbiyyah itu juga payah, remeh, perlu mujahadah, azam dan himmah yang tinggi dan lain2 yang mencabar. Tarbiyyah itu umpama seorang penternak ayam dalam menjaga ternakannya - ayam2 perlulah sihat2 sentiasa, dijaga dan dibelai selalu, diberi makan yang terbaik, dibersih rebannya sekali sekala, kalau perlu makanan organik akan diberikan ... sehingga sampai satu masa ia bersedia untuk dijual dan menghasilkan keuntungan atau disembelih untuk dinikmati dagingnya. Kalau ayam pun manusia sanggup bersusah payah untuk menjaganya ... apatah lagi perlunya kita bersusah payah untuk menjaga manusia di sekeliling kita. Apalah nilai 'ayam' tersebut dibandingkan dengan ummat manusia ini?

Sebab itu terkadang pening. Pening memikirkan masalah orang sekeliling. Ini bahasa saya di sekolah dulu. Kalau tgk muka berkerut sket maknanya tengah pk masalah ummat lah tu ... agaknye lah. Biar kita pening dengan perkara yang sepatutnya pening, tak perlu pening2 dengan benda yang tak patut dipeningkan ... hah, kan dah pening! Peninglah pk masalah kawan yang tak solat pada waktunya, peninglah pk masalah kawan yang berhabuk qur'annya dalam almari, peninglah pk masalah kawan yang x semangat nak studi, peninglah pk masalah kawan yang ikhtilat. Itu mungkin lebih baik utk kita peningkan.

"Mereka yang bergaul dengan manusia dan bersabar dengan apa yang menimpa mereka lebih baik dari mereka yang tidak bergaul dgn manusia dan tidak mampu bersabar atas apa yang menimpa mereka."

Biar pening di dunia, jangan pening di akhirat ... ;p

p/s : sori, a boring topic actually ... but a must to convey it. For a better understanding, moga ada manfa'at ... insya Allah biiznillah!



Sunday, May 03, 2009

.:. Warm Wishes .:.

Today is the 3rd of May ... I should wish a couple of important person in my life. First goes to my brother ; Usamah for his anniversary 24th birthday (we're getting older rite!) and the second goes to my another brother ; Ameen a.k.a. Along and Kak Long for their anniversary. As for Usamah - may Allah bless your life and 'semoga bertambah amalan seiring usia'. To Along and Kak Long - wishing both of you all the good things in life and may the love that you share grows deeper with each passing years ... towards Muslim society (mujtamaa' Muslim) one day insya Allah.


during his convo at Uniti ... weeks before I fly to Egypt ;)


Nafeesa was sleeping I think ... sweet2 happy family ;)

Not to be forgotten - eid milad also to one of my best friend and brothers in Islam ... akhi Izzudin at Mansurah who share the same important date and is now striving for 'mumtaz' in his final exam starting next week. May excellent-ness be with you and all ikhwah ... ameen ya Rabb!

... and a holiday for me today ... yaiy!

Thank you for reading ... ;p

Sunday, April 26, 2009

.:. Saya Belajar .:.



"Basyir, please tell all ur friends that tonight we'll have a meeting with Dr Ukasyah.", pesan Madam Sanaa' pada saya di suatu petang. Bunyi macam penting. Saya sampaikan pesan Madam Sanaa' atau lebih tepatnya Mama Sanaa' pada semua. Dr Ukasyah adalah Vice President universiti kami bahagian student's affair ...

Pening ...

Bingung ...

Rungsing ....

Ni mesti pasal masalah kt asrama la ni ... ptg tu jugak Abg Farouk ada telefon cakap benda yg sama. Dengan tambahan kononnya MARA dh mengamuk dan mual dengan masalah2 kt asrama. Mahu pihak U selesaikan dengan segera. "Ok ... ada tanda baik", bisik saya.

Malam tu kami berkumpul di kantin selepas Isya'. Kantin yang telah sedikit dihias utk menyambut Vice President sorg ni. Kami yang dah ready dengan pelbagai aduan setia menunggu bersama2 mak cik Azizah, mama kami di asrama (berapa banyak mama kami?) atau tukang masak kami yang setia. Selepas lebih kurg setengah jam beliau sampai.

Berdebar2 semua ... maklumlah jumpa orang no 2 Universiti. Student arab pun payah nak jumpa dia katanya.

Saya bangun. Cakap satu persatu apa masalah kami di asrama yang perlu diselesaikan. Mengikut keutamaan. Saya pun agak kaku pula bila nak bercakap dengan orang besar ni. Rasa tak yakin pun ada. Abg Farouk berusaha utk translate apa2 yang perlu. Zaid pun ada jugak. Turun padang sebagai pengerusi. Kemudian kami dengar apa penjelasannya.

Bosan ...

Mual ...

Loya ...

Hampa ...

Tanya lagi yang lain apa masalah lagi ... semua dah malas nak cakap. Bukan apa, nampak macam tak akan ada jalan penyelesaian. Mencurah air di daun keladi gamaknya.

Senyap ...

Sunyi ...

Tiba-tiba ... di waktu Dr Ukasyah ni nak berangkat pergi, bangkit lah seseorang ...

" ... hmm ... Dr, how about the internet connection that was said will be provided to us? ... ", tanya dia dengan jelas tanpa berlapik2 lagi. Tanda penantian kami yang telah sekian lama menunggu dan berharap.

Seketika itu juga Dr Ukasyah berbisik dengan pembantu beliau di sisi dan Mama Sanaa' terus membuat pengumuman - esok juga kamu akan dapat internet! ... haha, semua orang mula berusaha mengukir senyuman paksa rela setelah bermuram durja. Walaupun tahu 'bukrah' yang dimaksudkan bukanlah seerti dengan 'tomorrow' realitinya.

Seperti yang dijangka ... of course bukanlah esoknya juga kami dapat internet tu. Mere literal. Mungkin ia sekadar metaphor dalam masa terdekat. Namun bukan itu isunya ... yang penting saya belajar sesuatu dari kawan saya itu. Terima kasih saudara.



Kenangan di asrama Madinah El-Gama3iyyah
Samouha
2008

Saturday, April 18, 2009

.:. Ikut Jejaknya .:.

Salam ...

Utk anda Alexandrians @ Iskandarani (not literally ... of course I mean Malaysians at Alex) khususnya dan semua umumnya. Sekadar perkongsian di celah masing2 sibuk menge'BOOM'kan diri. Ambil kesempatan sempena ulang tahun pemergian seorang tokoh yang boleh kita ambil pengajaran dari kehidupannya. Contoh yang dekat, peribadi yang pernah melalui apa yang kita lalui sekarang. Di tempat yang sama, madah yang sama, bidang yang sama, cita-cita yang sama. Malah kita sekarang menjejaki langkah2 nya di Universiti suatu hari dulu. Beliau adalah Dr Abdul Aziz Ar-Rantissi.

Saya perasan dan yakin bukan beliau seorang sahaja ummat Islam Palestin yang berkesempatan belajar di Universiti kita. Hatta saya pernah nampak 'sticker' gambar seorang pemuda yang telah syahid juga di Palestin dan tertulis keterangan di bawahnya bahawa beliau adalah salah seorang pelajar di Fakulti Perubatan Universiti Iskandariah. Di bangunan akademik kalau saya tidak silap. Walaupun mungkin kita tak berkesempatan utk bergaul sangat dengan pelajar2 Arab di sini samada Mesir atau Palestin dll, namun ibrah dan pengajaran dari golongan yang telah terdahulu boleh kita rasakan.

Di situasi beliau, jihad adalah jalannya. Namun apa yang boleh kita praktikkan adalah semua orang mempunyai peranan masing2 dalam kehidupannya. Peranan utk mengembalikan Islam pada tempatnya yang tertinggi. Menjadi doktor atau jurutera, pelajar perubatan atau pelajar syariah bukanlah alasan yang boleh direka2 utk berdiam diri. Masing2 kita memegang sudut2 dalam Islam dan peliharalah bahagian kita dengan sebaiknya.

Saya kongsikan di sini artikel mengenai kehidupan beliau dan semoga menjadi penguat semangat dan penyemat tekad dan azam utk berbakti pada agama.


Juga boleh membuat rujukan di sini. Selebihnya rajin2 lah menggunakan khidmat Encik Google dan Saudara Yahoo mahupun Brother Youtube atau Ikhwan Tube.

"It's death whether by killing or by cancer; it's the same thing. Nothing will change if it's an Apache (helicopter) or cardiac arrest. But I prefer to be killed by an Apache."

Terima kasih ... ;)

Tuesday, April 07, 2009

.:. Cacing2 dan Ulat2 .:.

Salam ...

Subjek Parasitology baru mula. Belajar pasal makhluk2 Allah yang 'comel' lagi 'menarik' tapi penuh dengan bahaya2 yang tersembunyi di sebaliknya. Mula2 dgr Prof Dr Maha Eissa (bunyi mcm Maha Esa ... hehe) sebut nama2 makhluk ni kat kelas ... ya Allah, pelik2 sungguh bunyinye. Nasib baik Prof ni ajar best, katanya study para ni senang je sebab kebanyakan species2 ulat dan cacing ni ada persamaan secara generalnya ... tinggal nak studi exceptions je pada spesies2 tertentu. Semangat sket ... haha. Macam sekarang tgh studi bahagian helminths > platyhelminthes > trematodes. Student2 arab kata dia belajar 6 jenis je trematodes tapi kitorg tambah lagi 3 trematodes yg common kt far east (bukan kump nasyid tu) countries mcm Malaysia. Takpe la ye ... utk masa depan. Yang x leh bla ade plak nnt blaja pasal siput2 (snails) ... haha. Haidar mesti suka ni ... ;) Actually tgh planning nak buat nota pasal trematodes ni yang mudah and applicable ... buat dlm bentuk jadual yg senang. Harap2 dpt siapkan, I'll share with everyone bile dh siap nnt insya Allah.

Ok, next week dh mid term exam utk blok Respiratory System ni ... katanya mungkin tangguh beberapa hari. Bagus la klu mcm tu sebab ade assignment yg perlu dibentang mggu dpn ~ Physiology.

Malam ni akan bagi taklimat pada juniors di Asrama MARA utk etika mencari rumah. Harap2 majlis berjalan lancar dan tak ambik masa yang lama. (Bdk2 ni mesti nk tgk bola malam ni kan ... ?) Siapkan direktori perumahan lagi sket - edit2, cetak utk setiap rumah dll. Then boleh concentrate utk exam mggu dpn. Oh ye, kalau ade bdk2 medic Alex yang singgah sini boleh la bagi sebarang komen, kritikan, nasihat, cadangan dan ape2 yg sewaktu dengannya bagi unit Perumahan ni.

Wallahu musta'an ... ameen ya Rabb!

Thursday, April 02, 2009

.:. Alhamdulillah 'ala Kulli Ni'am .:.

Salam ...

Saya rasa Allah masih sayangkan kita ... dan Dia akan tetap selamanya kasihkan kita. Kerana itu memang dari asma'Nya iaitu Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Saya sayangkan tarbiyyah ini ... yang banyak mengajar saya menjadi insan Rabbani. Setidak-tidaknya berusaha ke arah itu. Namun bila ada konflik atau kontroversi yang melanda, saya rasa itu tanda Allah masih pedulikan kita ... dan Dia akan tetap selamanya. Peduli supaya kita semua masing-masing berusaha ... dengan cara yang masing-masing selesa ... asalkan tidak menyalahi syara' dan ikhlas tentunya supaya amal diterima. Ada yang pernah berpesan pada saya supaya menghadapi sesuatu isu one at a time ataupun base on that particular issue ... not mixed up with others. Itu namanya professionalism. Tapi tak semudah it kerana kita manusia Allah jadikan ade bisikan2 yang selalu datang, ada lintasan2 yang selalu mencelah di hati, ada sangkaan2 yang suka menjustifikasi ... namun Allah kan dah pesan supaya menjauhi sebarang prasangka kerana sebahagiannya adlah dosa ... cume kita je yg selalu buat assumption pd seseorang atau sesuatu isu.

Saya masih ingat ade seorang yang saya hormati berpesan juga supaya jadi seorang yang relevan di masa hadapan. Katanya mungkin dia sudah tidak lagi relevan utk generasi hadapan kerana jarak masa yang semakin menjauh. Dan kita generasi sekarang lah yang perlu merelevensi (perkataan ini hanya rekaan) kan diri kita. Untuk maslahat dakwah dan tarbiyyah. Itu semua terpulang pada kelebihan masing-masing. Semua orang beramal. Bukan sekarang masanya utk membanding amal kita qawiy berbanding org lain. But once you dh pilih jalan ni ... kenalah yakinkan diri utk teruskan, tajarrud dan intima'. Biar hasilnya Allah tentukan. Semua kita berijtihad ... sebab rufi'atil aqlam wa juffatis suhuf ... pena telah diangkat, dakwat telah kering. Tiada lagi wahyu yang akan turun kpd Rasulullah. Tidak ada Al-Qur'an edisi khas abad 22.

Renung2kan lah ... terutamanya yang nk dtg Mesir in the future esp my juniors @ Hira'.

* * * * *

> My 6th anak buah - Amna Rayyan selamat lahir ke dunia 22 Mac lepas.


Amna Rayyan binti Muhammad Firdaus ~ senyum die ... xleh bla!

Ni Haneen Athirah (my 5th anak buah) ... anak abg Hamzah, lahir bln 11 yg lepas

> Mggu lepas ziarah sahabat Arab Mesir kt kampung die di Buhairah, dekat dgn Damanhur.


Bersama family Dr Shouhdi (thn 6 medic) di Dalanggat, Buhairah ... I'm one of the family they said ~ the Ghazala

> Juma'at ni 3 April bait muslim akhi Qamarul dan ukhti Khairah di ARMA.

> Beberapa tanggungjawab persatuan perlu dilaksanakan ... mohon dimudahkan dan diberkati segala urusan ... ameen ya Rabb.

> Also as a student ...

thanx for reading ... wassalam

Thursday, March 12, 2009

.:. Refresh ~ F5 .:.


Puteri2 Along ~ Amaani, Farhana, Nafeesa (right 2 left @ eldest 2 youngest)

Salam ...

Alhamdulillah dapat jugak akhirnya tukar template blog ni setelah sekian lama. Rasenye nak dekat 2 tahun lebih pakai template yang lama dan kalsik tu. So, sekarang dh convert to XML punye template. Dah lama tinggal alter2 template ni rasa susah pulak. Patut la ramai yang kata makin complex sket blogger ni. Anyway dah selesai cuma header tu saya tahu lari sket allign die. Kene alter dengan photoshop sket but my laptop is currently being repair. Sampai beri efek pada ikhwah yang sedang sibuk utk HK2 nnt. Minta maaf banyak2. Ni pun pinjam laptop Asif Jan (Kite Runner ... hehe). Lain kali insya Allah.

Ok, sem baru pun nak start dah, coming on Respiratory & GIT Sysytem. Kire permulaan baru la. Refresh? ... Kalau kt komputer boleh tekan F5 dengan mudahnya utk refresh balik page atau folder. Namun hakikatnya pada hidup bukanlah semudah itu utk refresh balik @ kembali segalanya. Hilangnya khilafah tidak boleh dikembalikan dengan jalan yg mudah2 saja. Nak berjaya dalam exam tidak semudah menekan button F5 kan. Namun setiap perkara pasti ada jalannya andai usaha itu seiring dengan mencari keredhaan Allah.

p/s : Semua orang pk nak balik dah ... me? Just wait n see ;)